RT Arabic Dengan 17 Juta Pengikut Ditutup Facebook
MOSCOW, 01 April 2023 – Facebook telah bertindak memadamkan sebuah laman bagi media RT Arabic dan telah menolak sebarang rayuan berkenaan hal tersebut serta memberikan alamat laman tersebut kepada pengguna lain.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua bagi saluran RT Arabic, Maya Manna dalam sebuah kenyataannya yang dibuat pada Khamis lalu. Menurutnya,
“Kami telah berbahas dengan Facebook selama dua minggu untuk memulihkan laman RT Arabic yang digantung oleh Facebook yang mana ianya mempunyai jumlah “subscribers” seramai 17 juta akaun”.
BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotel Diarah Tutup, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan
BACA JUGA: Wanita Dakwa ‘Dimarah’ Kerana Cabar Undang-Undang Tukar Agama Unilateral
BACA JUGA: 41 Rangka Manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia
“Kami telah mencuba untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebab pemadaman tersebut kerana kami tidak pernah mendapat sebarang serangan mahupun ulasan.”
Menurut Manna lagi, setelah sekian lama dibiarkan tanpa sebarang penjelasan, bahagian perkhidmatan pelanggan Facebook seterusnya “secara mudah mengucapkan selamat kepada kami, menutup kes kami serta memberikan URL laman tersebut kepada pengguna lain”.
Manna kemudiannya telah membuat ulasan sinis terhadap isu yang dihadapi oleh RT Arabic dengan menyatakan,
“Internet democracy in all its glory!”
Tindakan Facebook tersebut telah menerima bantahan yang menyatakan bahawa ianya adalah bukti menunjukkan Barat sama sekali tidak mempercayai kebebasan bersuara sebagaimana yang telah dilakukan oleh Kesatuan Eropah yang telah menyekat semua media Rusia setelah bermulanya operasi ketenteraan di Ukraine.