Antarabangsa

Patung Dan Bantal ‘Puntung Rokok’ Di India, Lindungi Alam Sekitar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 08 Oktober 2022 – Sebuah syarikat kitar semula, Code Effort Private Limited telah mengitar semula puntung rokok dengan menjadikannya patung serta bantal bagi melindungi keselesaan persekitaran, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

“Kami dapati tiada tong sampah untuk membuang puntung rokok dan perokok akan membuang puntungnya di mana-mana. Kami mengenal pasti masalah tersebut dan menghasilkan penyelesaian,” kata Naman Gupta, pengasas syarikat berkenaan.

Lapor berita itu lagi, puntung rokok yang dibuang di sekitar jalan-jalan bandar akan dikumpul lalu dibersihkan serta diproses semula menjadi pelbagai jenis produk.

Selain patung dan bantal, puntung rokok itu turut diproses menjadi ubat nyamuk, tilam, rantai kunci (keychains) serta kusyen.

“Kami bermula dengan 10 gram (fiber sehari) dan kini kami melakukan 1,000 kilogram… Setiap tahun kami mampu mengitar semula berjuta-juta puntung rokok,” kata Naman.

Dalam pada itu, tembakau serta lapisan luar puntung rokok turut dikitar semula menjadi kertas kitar semula dan serbuk kompos.

Menurut statistik, hampir 4.5 trilion puntung rokok dibuang merata-rata di seluruh dunia pda setiap tahun dan terdapat kira-kira 120 juta perokok di India.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula melaporkan hampir 267 juta orang dengan anggaran 30 peratus daripada populasi India dewasa merupakan pengguna tembakau. Bahkan, pembuangan puntung rokok secara merata-rata di jalan bandar meletakkan standard kebersihan bandar negara itu di tahap sangat rendah.

Terdahulu, pada tahun 2018, Naman dan abangnya, Vipul Gupta mengasaskan syarikat kitar semula setelah mengetahui bahawa puntung rokok mengambil masa yang lama untuk mereput.

Kedua-dua mereka yang bukan perokok memutuskan untuk menghapuskan sisa itu dan mula membuat penyelidikan mengenai kitar semula yang akhirnya membawa kepada tertubuhnya sebuah syarikat kitar semula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: