Rombakan Kabinet: Empat Kementerian Baharu Diwujudkan, Seorang Menteri Digugurkan
PUTRAJAYA, 12 Disember 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet selepas setahun menerajui Kerajaan Madani dengan menyaksikan empat kementerian baharu diwujudkan.
Antara kementerian baharu itu ialah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Ia turut melibatkan pembentukan dua kementerian baharu yang dipecahkan daripada portfolio sebelum ini iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Menteri yang baru dilantik adalah Gobind Singh Deo yang dilantik sebagai Menteri Digital; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan); Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi); Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia); Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Bekas Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pula merupakan menteri yang digugurkan bersama beberapa timbalan menteri iaitu Ramkarpal Singh Karpal Singh dan Datuk Seri Aminah Aching.
Berikut senarai rombakan yang diumumkan di Bangunan Perdana Putra, sebentar tadi :
Kementerian Kewangan
Perdana Menteri & Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II – Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan – Lim Hui Ying
Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam
Timbalan Perdana Menteri II & Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam – Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Kementerian Pengangkutan
Menteri – Loke Siew Foo
Timbalan Menteri – Datuk Hasbi Habibollah
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Menteri – Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri – Datuk Arthur Joseph Kurup
Kementerian Ekonomi
Menteri– Mohd. Rafizi Ramli
Timbalan Menteri – Datuk Hanifah Hajar Taib
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri – Nga Kor Ming
Timbalan Menteri – Datuk Aiman Athirah Sabu
Kementerian Luar Negeri
Menteri – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Menteri – Datuk Mohamad Al-Amin
Kementerian Kerja Raya
Menteri – Dato Sri Alexander Nanta Tinggi
Timbalan Menteri – Datuk Seri Ahmad Maslan
Kementerian Dalam Negeri
Menteri – Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail
Timbalan Menteri – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Menteri – Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri – Liew Chin Tong
Kementerian Pertahanan
Menteri – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri – Adly Zahari
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri – Chang Lih Kang
Timbalan Menteri – Datuk Mohammad Yusof Apdal
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri – Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri – Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Menteri – Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri – M.Kulasegaran A/L V.Murugeson
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Menteri – Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Timbalan Menteri – Datuk Seri Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri – Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri – Datuk Ramanan Ramakrishnan
Kementerian Pendidikan Tinggi
Menteri – Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri – Datuk Mustapha @ Mohd. Yunus Sakmud
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Menteri – Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri – Khairul Firdaus Akhbar Khan
Kementerian Komunikasi
Menteri – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri – Teo Nie Ching
Kementerian Pendidikan
Menteri – Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri – Wong Kah Woh
Kementerian Perpaduan
Menteri – Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri – Saraswathy A/p Kandasami
Kementerian di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
Menteri – Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri – Dr. Zulkifli Hasan
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri – Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Menteri – Adam Adli Abd. Halim
Kementerian di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan
Menteri – Dr. Zaliha Mustafa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Menteri – Datuk Armizan Mohd. Ali
Timbalan Menteri – Fuziah Salleh
Kementerian Perladangan dan Komoditi
Menteri – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri – Datuk Chan Foong Hin
Kementerian Kesihatan
Menteri – Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri – Datuk Lukanisman Awang Sauni
Kementerian Digital
Menteri – Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri – Datuk Ugak Anak Kumbong
Kementerian Sumber Manusia
Menteri – Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad