Antarabangsa

Rusia Jadi Pendamai Hubungan Turki-Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 29 Disember 2022 – Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Turki dan Syria pada Rabu lalu, di mana Menteri Pertahanan Turki serta Ketua Pertahanan Syria telah menjalankan rundingan sesama mereka buat kali pertama sejak 2011.

Hulusi Akar dan Ali Mahmud Abbas yang mana masing-masing mewakili Ankara dan Damsyik telah membincangkan mengenai langkah-langkah bagi menyelesaikan krisis di Syria dan mengadakan usaha bersama dalam melawan kumpulan-kumpulan ekstremis di Syria.

Mesyuarat tersebut yang turut disertai oleh Kementerian Pertahanan Syria itu turut membincangkan tentang cadangan bagi penyelesaian terhadap masalah pelarian.

Keadaan mesyuarat itu adalah bersifat membina dan kedua-dua pihak berminat untuk meneruskan kerjasama bagi menstabilkan Syria khususnya dan keseluruhan rantau, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rusia.

Agenda tersebut yang sebelum ini dinyatakan oleh Rusia telah dipastikan oleh sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Turki.

Media Turki turut membuat kenyataan bahawa ini merupakan perjumpaan pertama yang berlaku di antara dua negara berjiran tersebut sejak bermulanya konflik Syria sejak sebelas tahun lalu.

Presiden Turki pada 2012 lalu telah bertindak memutuskan hubungan diplomasi mereka dengan Syria dan hubungan di antara kedua-dua tersebut telah dikatakan sedikit pulih apabila menteri luar bagi kedua negara telah bertemu pada sebuah pertemuan di Serbia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: