Tempatan

Roboh Kuil, Batal Cuti Thaipusam, Penganut Hindu Tak Akan Maafkan Sanusi – Dr Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 17 November 2021 – “Ini menimbulkan kemarahan penganut Hindu di negeri itu, mereka tidak akan memaafkannya,” ujar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy.

Kenyataan tersebut diluahkan di Facebook milik beliau atas tindakan dan arahan yang pernah dibuat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

“Beliau mengarahkan pemusnahan dua kuil Hindu lama di Kedah. Satu di Alor Setar berusia lebih seratus tahun dan satu lagi ialah kuil di Kulim yang berusia kira-kira 60 tahun,” kata P Ramasamy.

Manakala, “Pemimpin MIC yang membantah perobohan kuil tersebut pula disifatkan sebagai “berkelakuan seolah-olah mereka mabuk todi”,” tambah beliau.

Selain itu, Sanusi juga merupakan Menteri Besar pertama yang membatalkan cuti umum bagi perayaan Thaipusam yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu.

“Saya berasa bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) mungkin betul semasa mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammed Sanusi Mohd Nor mungkin bersikap seperti badut,” kata beliau lagi.

“Tindakan bersikap badut terbaharu Sanusi ialah tindakan mengharamkan kedai judi 4D dan penjualan arak di kawasan luar bandar,” ujar beliau.

Atas sebab inilah ahli DAP itu membangkitkan persoalan, bagaimana seorang yang berfikiran tidak menentu seperti Sanusi boleh mentadbir negeri yang kekurangan pembangunan dan kemajuan.

“Golongan bukan Melayu langsung tidak menghiraukannya.”

“PAS  hanya melaungkan retorik agama dan tanggapan ianya adalah lebih suci daripada yang lain tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda berkhidmat untuk kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru, bagi P Ramasamy, Sanusi mungkin orang yang sesuai sebagai pemimpin jika PAS tidak berminat untuk berusaha bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan kehidupan yang baik untuk rakyat.

“Kedah mungkin akan menjadi seperti Kelantan,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button