Tempatan

RM2,500 Untuk Penjawat Awam Tahun 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Oktober 2022 – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 mengumumkan, bantuan keseluruhan buat kakitangan penjawat awam berjaya mencapai sehingga RM2,500 pada tahun 2023.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion. Peruntukan bantuan keseluruhan tersebut turut melibatkan Bonus Aidilfitri yang ditetapkan pada kadar RM600.

“Sebagai membalas khidmat bakti kakitangan Kerajaan, Perdana Menteri juga memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023,” ujar menteri tersebut dalam satu laporan.

Selain dari itu, beliau turut memaklumkan persetujuan Kerajaan di mana Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

Dalam masa sama, Kerajaan juga akan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratus setahun, turun berbanding empat peratus ketika ini.

Bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: