Tempatan

216 Pegawai Lantikan Kontrak Antara Yang Pertama Ditawarkan Biasiswa KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2022 – Seramai 216 pegawai lantikan kontrak antara yang pertama terpilih ditawarkan mengikuti Program Pengajian Kepakaran menerusi ‘Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan Biasiswa KKM’.

Menurut kenyataan rasmi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tawaran untuk pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan tetap dan kontrak mengikuti Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan Program Parallel Pathway ini adalah yang pertama kali diberikan kepada pegawai lantikan kontrak sejak skim lantikan kontrak diwujudkan pada tahun 2016.

Beliau juga memaklumkan kesemua 216 pegawai lantikan kontrak tersebut adalah sebahagian dari keseluruhan 1,347 pegawai yang telah berjaya dipilih dan ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran bagi Sesi Akademik Tahun 2022/2023.

“Tawaran program pengajian kepakaran dengan tajaan menerusi PLK ini juga adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan laluan kerjaya yang setara antara pegawai lantikan tetap dan pegawai lantikan kontrak.”

“Selaras dengan pengumuman keputusan pada hari ini, pegawai boleh menyemak menerusi laman sesawang sistem eHLP di alamat http://ehlp.moh.gov.my berhubung status permohonan tawaran CBBP dengan HLP dan PLK dengan Biasiswa KKM bagi pegawai yang berjaya mengikuti Program Pengajian Kepakaran,” kata Khairy Jamaluddin.

Mengakhiri kenyataan, beliau mengumumkan bahawa tawaran bagi Sesi Akademik 2023/2024 ini akan mula dibuka pada Oktober 2022 dengan tawaran kepada 1,232 pegawai ke Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, 54 pegawai ditawarkan

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: