Tempatan

RM20 Juta Berjaya Dikutip Kerajaan Selangor Caj Beg Plastik 20 sen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 07 Disember 2022 – Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya memperoleh pulangan sebanyak RM20 juta dalam tempoh hampir dua tahun hanya dengan mengenakan bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik di seluruh negeri itu.

Kutipan tersebut dikira daripada tahun 2020 sehingga bulan Jun tahun ini. Pada tahun 2020, mereka telah berjaya mengutip RM6.6 juta. Pada tahun seterusnya pula jumlah kutipan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM8.5 juta.

Sehingga bulan Jun tahun ini pula, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya memperoleh RM4.8 juta bagi usaha yang sama.

Pengerusi komiti pelancongan negeri, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian menyatakan bahawa beliau menjangkakan negeri tersebut akan berjaya mengutip sehingga RM9 juta bagi tahun ini sahaja.

Sejak tahun 2017, perniagaan-perniagaan di seluruh Selangor telah mengenakan bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik dan pada tahun 2019 pula, pentadbiran negeri tersebut telah menjadikan bayaran 20 sen yang dikenakan tersebut disalurkan ke dana negeri.

Hee turut menyatakan bahawa ketika pandemik lalu, pentadbiran negeri telah memberi sedikit kelonggaran kepada para peniaga dan tidak menguatkuasakan secara tegas peraturan mengenai penggunaan beg plastik dan polistrin berikutan pendapatan para peniaga terjejas dengan teruk ketika itu.

Menurutnya lagi, penguatkuasaan berskala besar akan disambung pada tahun hadapan, di mana para peniaga akan berdepan dengan tindakan tegas jika mereka tidak mematuhi peraturan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: