Tempatan

Kuantan Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 September 2022 – Sebahagian besar kawasan di sekitar daerah Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air pada 20 September ini bermula jam 8.00 pagi susulan kerja-kerja penyambungan paip air mentah di Mahkota Golf & Country Club (MGCC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Ybhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari, kerja-kerja berkenaan perlu bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip bekalan air utama yang pecah.

Jelasnya, kerja-kerja ini melibatkan penyambungan paip air mentah line pumping jenis Mild Steel Cement Lining (MSCL) bersaiz 1500mm.

“Kerja-kerja pemasangan paip pintasan ini sedang giat dijalankan dan telah mencapai tahap 80 peratus manakala baki 20 peratus kerja akan melibatkan penyambungan ke jajaran paip sedia, dan ini memerlukan penutupan sementara bekalan air.”

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan mengambil tempoh masa dalam 48 jam demi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilakukan dengan teliti.”

Antara kawasan yang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut; seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, dan Kubang Ikan.

Gangguan turut melibatkan seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III, MCKIP, dan seluruh kawasan Pelabuhan, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri / kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri / kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, dan Kelab Golf Diraja.

Selain itu, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, dan Air Putih, seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Cenderawasih, seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, dan sebahagian Tanjung Pasir turut terlibat.

Turut terlibat, seluruh kawasan Indera Mahkota (IM) 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba IM, dan Widad.

Manakala, beberapa kawasan lain walaupun bekalan air berterusan, akan mengalami tekanan rendah seperti berikut; Kawasan Panching Utara, Kampung Razali, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Permatang Badak Maju, Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Inderapura Jaya, Rumah Kanak-Kanak Hajah Kalsom, Kampung Seri Melati, Kampung Batu Putih, Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh dan Kampung Hijrah.

Terlibat sama kawasan Pantai Sepat, Kampung Soi, Taman Soi Jaya, Taman Soi Baru, Kampung Kempadang, Bandar Kuantan Putri, Persis Ujana LKPP, Kampung Pahang, Taman Berjaya Permai, Kempadang Perdana, Kempadang Makmur, Kempadang Indah, Kempadang Kempadang Jaya, Kempadang Baru, Kempadang Aman, Kampung Chempaka, Kampung Anak Air, Kampung Alor Kangkong, Kampung Pak Mahat, Taman Kuantan Jaya, Taman Aman Plus, Taman Derhaka, Bandar Putra, Peramu, Tanjung Lumpur, dan Pormenade Villa.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan PAIP akan menyediakan bantuan alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: