Antarabangsa

Risiko Darah Beku, Kanada Buang 13.6 Juta Vaksin Astrazeneca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OTTAWA, 11 Julai 2022 – Kerajaan Kanada akan membuang 13.6 juta dos vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca selepas tiada pihak sama ada dari dalam atau luar dari negara itu yang mengambilnya, lapor The Canadian Press.

Kanada menandatangani kontrak dengan AstraZeneca pada tahun 2020 untuk mendapatkan 20 juta dos vaksinnya. Namun, pada tahun 2021, Kanada memutuskan untuk tidak menggunakan vaksin ini susulan kebimbangan tentang pembekuan darah yang jarang berlaku tetapi berpotensi membawa maut daripada AstraZeneca.

Oleh itu, negara tersebut beralih kepada bekalan vaksin mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Pada bulan Julai 2021 yang lalu, Kanada berjanji untuk menyumbang 17.7 juta dos vaksin AstraZeneca kepada negara dan pihak yang memerlukan, namun, tiada siapa yang mahu menerimanya.

“Disebabkan permintaan terhad untuk vaksin dan cabaran negara penerima dengan pengedaran dan penyerapan, mereka tidak diterima,” demikian kenyataan dari Health Canada.

Bukan itu sahaja, negara itu juga masih belum menjelaskan bagaimana ia merancang untuk menguruskan berjuta-juta dos vaksin Novavax dan Medicago yang dibeli tetapi tidak mungkin akan digunakan untuk rakyat sendiri.

Dilaporkan, kira-kira 85 peratus rakyat Kanada telah divaksin sepenuhnya, berbanding 61 peratus penduduk dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: