NGO

Rishi Sunak – Boneka Zionis Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Kami mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya PM Britain yang baharu, Rishi Sunak yang telah menggelar Baitulmuqaddis sebagai ‘ibu kota bersejarah’ Israel dan berikrar untuk memerangi BDS.

Rishi yang merujuk negara Yahudi sebagai ‘suar harapan yang bersinar,’ menyatakan keazaman untuk menghapuskan ‘bencana’ anti-semitisme, adalah gambaran bagaimana PM UK kekal sebagai penyokong konsisten Yahudi Zionis sejak Deklarasi Belfour.

Pengisytiharan Rishi sebagai penyokong kuat Israel dan rakan komuniti Yahudi UK bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sesiapa yang duduk di kerusi PM hanya akan disokong jika pendirian menyokong Israel diterima sepenuhnya.

Rishi mengambil inisiatif Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai “ibu kota bersejarah yang tidak dapat dipertikaikan” Israel.

UK kembali mengembalikan peranannya untuk memperjuangkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan bersedia untuk menjadi alat di bawah Israel.

Kami mengingatkan Rishi bahawa dia bermain dengan api semasa menjadi perdana menteri. Mengisytiharkan sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Israel dalam beberapa hari pertama memegang jawatan menandakan bahawa UK akan berkonfrontasi dengan umat Islam di UK dan dunia.

Kami menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan menentang PM fasis UK.

Pengisytiharan perangnya terhadap BDS dan anti-semitisme menggambarkan kesediaannya untuk menjadi PM boneka bagi zionis Israel.

Kami menuntut apa-apa dasar yang akan dia lakukan dalam mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota israel mesti ditentang dalam tempoh yang paling kuat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: