Tempatan

Tanah Jerlus: Petani Muflis Jika Kerajaan Terus Berdiam Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 September 2022 – “Jika tidak dibantu segera dengan berkesan oleh Kerajaan, ramai petani akan muflis selain dari terus menderita.”

Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Azman Ismail mengenai tindakan yang harus diambil pihak berkenaan bagi mengelakkan ramai petani di Malaysia berdepan risiko bankrap.

Menurut beliau, petani tersebut sudahpun menderita kerana peningkatan tinggi kos pertanian, kenaikan kos sara hidup dan berbagai tekanan ekonomi.

“Para petani yang terlibat secara umumnya mengalami kurang pendapatan sehingga 30%. Mereka juga akan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk memulihkan tanah sawah mereka,” ujar beliau.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa pertanian perlu bertindak segera ke atas kes tanah jerlus yang semakin berleluasa di kawasan bendang khususnya di utara Semenanjung.

Pengerusi Biro Tani PKR itu memberitahu, beliau menerima laporan tanah jerlus yang merosakkan sawah dan menyebabkan padi tidak dapat dituai itu berlaku di pelbagai tempat di Perlis, Kedah dan Seberang Perai ekoran hujan berterusan.

Tinjauannya mendapati ia meliputi 100 dari 400 relung sawah di Kampung Kubang Siam, Kedah dan hampir 500 hektar di Bohor Karang, Perlis.

Tanah tersebut perlu ditangani dengan bantuan teknikal seperti perparitan, penggunaan kapur (hydrated lime) dan penggunaan jentera yang lebih ringan.

“Hendaklah dicari penyelesaian jangka panjang supaya isu tanah jerlus ini tidak berulang.

Untuk maksud menyelamatkan para petani yang terjejas, bantuan tunai dalam jumlah yang munasabah juga hendaklah dihulurkan segera,” katanya.

Beliau menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda untuk bertindak segera kerana hal ini juga mampu memberi kesan besar ke atas jaminan kecukupan makanan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: