Tempatan

Ringgit Lemah: Harga Ubat-Ubatan Dijangka Bakal Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2023 – Pengeluar produk farmaseutikal, Duopharma Biotech Bhd (Duopharma) berkemungkinan akan menaikkan harga ubat-ubatan jika ringgit terus melemah.

“Jika ringgit terus lemah berbanding dolar AS dan memberikan kesan, kumpulan terpaksa menyemak dan melaksanakan pelarasan harga jualan ubat-ubatan,” kata Kata Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Bhd, Leonard Ariff Abdul Shatar.

BACA JUGA: KEMAS-Yayasan Pahang Bakal Lahirkan 100,000 Huffaz Menjelang 2026

BACA JUGA: Tasik Kenyir Diiktiraf Sebagai Geopark Kebangsaan

BACA JUGA: Jemaah Haji Diminta Bawa Ubat Dalam Bungkusan Asal

Menurutnya, selain menaikkan harga jualan produk ubat-ubatan, syarikat akan mengawal kos pembelian bahan mentah serta melaksanakan langkah instrumen kewangan bagi memberikan lindung nilai kepada kumpulan.

Beliau menjelaskan bahawa ketika ini ada beberapa produk ubat-ubatan dan farmaseutikal telah mengalami peningkatan harga. Namun untuk melaksanakannya (menaikkan harga jualan) akan mengambil masa kerana ada pelbagai perbincangan akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Selain itu, ujarnya, penurunan ringgit juga akan memberi kesan kepada nilai kontrak yang diperoleh oleh Duopharma bagi pembekalan ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: