Terkini

NOTIS Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Di Tiga Negeri – JPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2022 – Negeri Pahang, Perak dan Selangor berisiko banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Notis ini dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Berikut adalah senarai kawasan yang berisiko banjir kilat;

PAHANG:

1) Daerah Bentong: Mukim Pelangai, Mukim Sabai serta kawasan sekitarnya;

2) Daerah Bera: Mukim Bera serta kawasan sekitarnya;

3) Daerah Kuantan: Bandar Kuantan, Mukim Kuala Kuantan, Mukim Sungai Karang serta kawasan sekitarnya;

4) Daerah Pekan: Mukim Pekan, Mukim Pulau Manis, Mukim Bebar serta kawasan sekitarnya;

5) Daerah Rompin: Mukim Rompin serta kawasan sekitarnya.

PERAK:

1) Daerah Batang Padang: Mukim Sungkai serta kawasan sekitarnya;

2) Daerah Hilir Perak: Mukim Changkat Jot serta kawasan sekitarnya;

3) Daerah Muallim: Mukim Hulu Bernam Timor serta kawasan sekitarnya;

SELANGOR:

1) Daerah Hulu Selangor: Mukim Ulu Bernam serta kawasan sekitarnya;

2) Daerah Kuala Selangor: Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya;

3) Daerah Petaling: Bandar Shah Alam, Pekan Sedang, Pekan Batu Tiga, Mukim Petaling serta kawasan sekitarnya;

4) Daerah Sepang: Mukim Dengkil serta kawasan sekitarnya.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat dalam tempoh tersebut.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: