Tempatan

Rider & Pemandu Tertindas, Wakil p-Hailing Dan e-Hailing Jumpa Menteri Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2022 – Wakil penghantar makanan p-Hailing dan pemandu e-Hailing akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh para rider dan pemandu.

Pertemuan itu akan diadakan jam 2.30 petang di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya, lapor sebuah portal tempatan.

Sesi pertemuan itu diadakan susulan keprihatinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Yaakob dengan masalah yang dihadapi penunggang p-Hailing dan pemandu e-Hailing.

Sebelum ini, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam bin Mohamad Zuldin berkata, pihak Kerajaan akan membantu membawa wakil p-Hailing dan e-Hailing untuk bertemu dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dalam masa terdekat bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Terdahulu, media melaporkan, sekumpulan penghantar makanan telah melancarkan mogok dengan menghentikan perkhidmatan penghantaran makanan selama 24 jam bermula jam 12 malam, 7 Ogos 2022, sebagai protes kepada skala pembayaran tidak adil yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.

‘Food Delivery Blackout’ dilancarkan susulan tindakan syarikat penghantar makanan didakwa berterusan mengurangkan bayaran mereka dari semasa ke semasa dan sebarang aduan dari para penghantar tidak dilayan.

Justeru, Timbalan Presiden Penghantar, Abdul Hakim Abdul Rani berkata, pihaknya berharap perjumpaan hari ini akan memberi pembelaan kepada pekerja p-Hailing dan semua permasalahan didengar oleh Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button