Tempatan

Tahfiz-TVET Dilaksana Seluruh Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 20 Mac 2022 – Datuk Awang Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM) berkata, pihaknya menyasarkan semua pusat tahfiz swasta dan awam di Malaysia dilengkapi dengan modul Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam meningkatkan tahap kemahiran dan kebolehpasaran mereka.

Jelasnya, KSM melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET untuk membantu dan menasihati institusi tahfiz dalam memperkasakan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pegawai dan persijilan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Beliau berkata pada sidang akhbar pada Rabu lalu selepas melancarkan Tahfiz-TVET Malaysia antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) KSM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau berkata laluan kerjaya dalam bidang TVET perlu dikemaskan bagi memastikan lepasan pelajar tahfiz mempunyai hala tuju lebih jelas selepas menamatkan pengajian.

“Kita ada tahfiz awam dan swasta merata-rata dan ini cuma penambahbaikan. Jika sebelum ini mereka hanya ada ilmu tahfiz dan gunakannya untuk menjadi iman, penghafaz al-Quran dan sebagainya selain bilal dan siak sahaja.”

“Tetapi kita hendak lebarkan bahawa Islam itu syumul iaitu boleh kepada semua benda iaitu walaupun mengaji tahfiz tetap boleh memasuki ke semua pasaran selaras dalam Revolusi Perindustrian 4.0.”

“Pusat tahfiz yang ada aliran TVET dalam negara kita ini banyak tapi tidak ada pengurusan secara formal. Dan sekarang kita sedang bergerak ke arah menyeragamkan semua pusat tahfiz yang ada dalam negara kita,” ulasnya.

Difahamkan terdapat 1,177 pusat tahfiz swasta berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri dan hanya 100 daripadanya setakat ini telah melaksanakan Tahfiz-TVET.

Beliau memberitahu, pihaknya masih meneliti dan mengemaskini peringkat bagi modul Tahfiz-TVET tersebut sama ada dilaksanakan sejak tingkatan satu atau sebaik mereka tamat pengajian tahfiz di pusat mereka.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihaknya dalam proses mendapatkan penarafan sijil kemahiran antara tahap 6 hingga 8 bagi melestarikan pendidikan pelajar TVET ini.

“Setakat ini, kita sudah dapat sehingga tahap 5 ( yang setara Diploma Lanjutan Kemahiran) dan kalau boleh dapatkan tahap 6 (setara dengan Ijazah Sarjana Muda) juga kepada tahfiz-TVET ini.”

“Kita mahu TVET menjadi pilihan awal kepada ibu bapa berbanding sebelum ini dianggap sebagai peluang akhir dalam tahap pendidikan formal mereka,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: