Antarabangsa

Ribut Salji AS Memburuk, Lebih 60 Kematian, Ribuan Penerbangan Dibatalkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 28 Disember 2022 – Angka korban ribut salji Amerika Syarikat (AS) kini mencecah 62 orang dengan angka kematian di bandar Buffalo, New York telah meningkat kepada 28.

Menurut laporan media antarabangsa, ribut musim sejuk itu juga telah memaksa pembatalan beribu-ribu penerbangan, termasuk kira-kira 4,800 pada pagi Selasa sahaja. Beribu-ribu penumpang telah terkandas di lapangan terbang di seluruh negara.

Di bandar Buffalo, New York, beribu-ribu masih terputus bekalan elektrik susulan bencana alam ini.

“Lebih 4,000 orang di kawasan itu kekal terputus bekalan elektrik selepas ribut yang “mungkin” paling teruk pernah berlaku sepanjang hayat kebanyakan penduduk. Pada kemuncak ribut, kira-kira 20,000 orang tidak mempunyai kuasa,” kata Datuk Bandar Buffalo, Byron Brown.

Pegawai memberi amaran bahawa suhu pemanasan di rantau itu mungkin membawa kepada masalah tambahan, termasuk banjir ketika salji mencair.

Isnin lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengisytiharkan darurat di New York untuk daerah Erie dan Genesee susulan situasi kecemasan akibat ribut salji yang dahsyat di negeri itu.

Selain itu, Biden juga mengarahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk menyelaraskan usaha untuk menyalurkan bantuan.

New Jersey turut menghantar perkhidmatan kecemasan ke negeri New York untuk memberikan bantuan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: