Tempatan

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Sehingga Akhir Ogos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2024 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Selat Melaka sehingga 28 Ogos 2024.

Keadaan itu katanya berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di negeri-negeri utara dan tengah Semenanjung.

Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada waktu petang hingga ke malam.

Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: