Tempatan

Ribut Petir Dijangka Badai Semua Negeri Di Utara & Selatan Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 November 2022 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) baru-baru ini mengeluarkan ramalan cuaca hari Sabtu, 5 November 2022 untuk Zon Utara dan Selatan negara yang menjangkakan ribut petir bakal membadai semua negeri di kedua-dua zon tersebut.

Menurut ramalan, semua Parlimen di negeri utara negara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bakal dilanda ribut petir pada sebelah petang.

Sementara di Perak pula, hanya Parlimen Parit yang diramalkan menerima hujan dan 23 Parlimen lagi dijangkakan berlaku ribut petir.

Selain itu, tiga negeri di Zon Selatan pula iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.

Samudera.my juga melaporkan ‘Ramalan Cuaca Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 Pada 5 November 2022’ bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan negeri-negeri di Zon Tengah Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: