Ribut Hujan Batu Landa Beberapa Negara, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran
INDIA, 20 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran kuning untuk hari Isnin, menasihati orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan tidak berteduh di bawah pokok, berbaring di lantai konkrit atau bersandar pada dinding konkrit susulan ribut hujan batu yang melanda negara itu.
Semalam, hujan dan ribut hujan batu melanda sebahagian India dengan suhu menurun di bawah normal.
BACA JUGA: Hati-Hati, Ribut Petir Bakal Melanda Sarawak
BACA JUGA: Kerajaan Pahang Sumbang RM500 Buat Jemaah Haji Bermula Tahun Ini
BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus 20-30 Mac Ini
Dalam laporan berbeza, pihak berkuasa Thailand meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan serpihan atau dahan yang tumbang, susulan ribut hujan batu dan ratusan rumah rosak.
Rakaman di media sosial menunjukkan kesan angin kencang dan hujan batu di wilayah utara Chiang Mai.
Menurut laporan, Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) telah mengerahkan salah satu jet pejuang tercanggihnya untuk membantu mengawal cuaca di Chiang Mai.
Hujan lebat, angin kencang dan ribut hujan batu melanda wilayah utara itu sejak beberapa hari lalu, menumbangkan tiang elektrik dan papan tanda.
Selain India dan Thailand, Turkiye dan Australia turut dilaporkan dilanggar ribut hujan batu semalam.
Hailstorm in Canberra, Australia…. yikes!!!
(I want to know who makes those umbrellas!) pic.twitter.com/Q8bZ17QIAW— Graphite Czech (@CzechArtGirl) March 19, 2023
Not only passersby, but also a bird seeking refuge from a heavy hailstorm was welcomed in a shop in Mersin city of southern Türkiye pic.twitter.com/LEkLwnRTB8
— TRT World (@trtworld) March 19, 2023