Tempatan

PRN: 6 Negeri Dijangka Alami Hujan, Ribut Petir Pada Hari Penamaan Calon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan beberapa kawasan yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan mengalami hujan dan ribut petir esok, yang juga jatuh pada hari penamaan calon.

Menurut jabatan itu, beberapa kawasan di Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi di Kedah diramal menerima hujan pada sebelah pagi dan sebelah petang pula, ribut petir dijangkakan di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, pada sebelah pagi, hujan diramal melanda daerah Timur Laut dan Barat Daya, sama seperti beberapa kawasan di Negeri Sembilan, termasuk Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin yang turut disertai ribut petir.

BACA JUGA: Pemanasan Global: Mediterranean Terbakar, 9 Negara Dijilat Api

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki

BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka

Pada sebelah petang pula, hujan diramal melanda daerah Rembau, manakala ribut petir dijangkakan di Jempol.

Selain itu, ribut petir dijangkakan membadai di beberapa kawasan di Selangor pada sebelah pagi, membabitkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang, namun tiada hujan dan ribut petir diramal di mana-mana kawasan pada sebelah petang.

Di Kelantan dan Terengganu, tiada hujan diramal pada waktu pagi, namun ribut petir dijangkakan melanda seluruh negeri terbabit pada sebelah petang.

“Orang ramai boleh merujuk www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia atau muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih keadaan cuaca negara,” pesan jabatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: