Ribuan Mangsa Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Tuntut Pampasan – Media
SABTU, 24 Ogos 2024 – Hampir 14,000 individu di Britain telah membuat tuntutan berbentuk bayaran terhadap kerajaan berikutan kekurangan upaya yang mereka hadapi yang didakwa berpunca daripada vaksin COVID-19 sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media The Telegraph.
Daripada jumlah tersebut, hanya 175 individu, ataupun kurang daripada 2 peratus daripada tuntutan telah berjaya mendapat ganti rugi yang bernilai sekitar $155,300.
Maklumat yang dilaporkan oleh media tersebut pada Sabtu lalu itu adalah menerusi permintaan Freedom of Information. Ianya menunjukkan bahawa mereka yang telah mendapat pampasan telah mengalami keadaan tertentu seperti strok, serangan jantung, penggumpalan darah yang merbahaya, radang tulang belakang, pembengkakan yang teruk di kawasan yang disuntik serta lumpuh di wajah.
Sekitar 97 peratus daripada permohonan yang dianggap diterima adalah berkaitan dengan vaksin AstraZaneca, Pfizer serta Moderna.
Laporan yang sama juga menyatakan bahawa negara itu tetap mengesyorkan vaksin AstraZaneka, walaupun penggunaannya telah dihentikan di Jerman, Itali, Perancis dan beberapa negara Eropah pada Mac 2021 berikutan laporan-laporan kes penggumpalan darah.
Ribuan permohonan telah ditolak berikutan penilai kesihatan kerajaan telah berhujah bahawa tiada bukti kukuh berkenaan keadaan kesihatan seseorang mangsa itu dengan vaksin.
Manakala ratusan permohonan yang lain pula ditolak kerana dianggap “tidak terlalu kehilangan upaya”, berikutan peraturan Vaccine Damage Payment Scheme (VDPS) yang menetapkan bahawa pemohon hendaklah sekurang-kurangnya kehilangan 60 peratus daripada keupayaan asalnya untuk melayakkannya menerima ganti rugi.