Tempatan

Ribuan Hadir Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERANTUT, 04 MEI 2022 – Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang diadakan semalam di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut (MDJ).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan tiba pada 11.30 pagi dengan diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Pahang; Ahli Dewan Negeri (ADN) daerah Jerantut; dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni para tetamu dengan juadah yang disediakan pada majlis ini kepada orang ramai yang hadir dan kemudiannya beramah mesra serta mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak dan orang ramai yang hadir.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula 9 pagi sehingga 2 petang ini turut menyajikan pelbagai juadah seperti lemang, dodol gula kabung, tapai, rendang ayam, ketupat serta aneka mi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: