‘Restoran Cina Muslim’ Tapi Dalam Kedai Ada Tokong
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 05 Mei 2022 – Kerana enggan bersubahat, seorang penghantar makanan melakukan pendedahan tentang sebuah restoran yang mengiklankan namanya sebagai ‘Restoran Cina Muslim’ tetapi mempunyai tokong Buddha di dalamnya.
Penghantar makanan daripada sebuah aplikasi pesanan makanan dalam talian yang sangat dikenali di Malaysia itu melakukan pendedahan tersebut setelah seorang pelanggan memesan makanan dari restoran itu.
Katanya, dia enggan bersubahat kerana telah banyak pelanggan Islam memesan makanan di restoran itu yang mengelirukan pelanggan berkenaan status halalnya.
“Buat naya woi kat customer. Aku jahat. Tapi aku tak nak bersubahat. Ada empat nama yang berbeza kedai ni guna dalam GrabFood,” ujarnya.
Menurut penghantar makanan itu, restoran tersebut menggunakan tukang masak warga Myanmar tetapi menggunakan namanya sebagai nama seorang Muslim.
Malah, restoran itu juga melakukan pengiklanan jawatan kosong dengan melabelkan nama kedainya sebagai Restoran Cina Muslim.
Hantaran itu turut menyatakan bahawa syarikat aplikasi pesanan makanan tersebut tidak telus berkenaan halal dan haram orang Islam.
Tulisan tersebut menarik perhatian beberapa pengguna lain yang turut menyuarakan keresahan mereka kerana mereka juga pernah melakukan pesanan dari restoran terbabit.
“Dulu pernah order kat kedai ni. Kali kedua makan rasa macam nak tengok kedai ni di Facebook. Bila search ada rider complaint pasal kedai ni Cina. Ada tokong. Terus saya cancel. Cerita dua tahun lepas. Masih lagi wujud rupanya kedai ni,” ujar seorang pengguna.
“Kesalahan utama pelesenan dan mengelirukan pengguna. Boleh report di laman @kpdnhep,” tulis seorang lagi pengguna.
Bukan itu sahaja, seorang lelaki membuat ulasan di ruangan Facebook restoran tersebut dengan menyatakan bahawa restoran tersebut tidak mengamalkan kebersihan yang betul dan tidak halal.
“Then why letak tokong di dalam kedai encik? Bukan ke tak boleh? Bukan pasal racist. Nie pasal hygiene, kalau you mengaku kedai you bersih untuk orang Islam, kedai you tak bercampur kitchen dengan non halal food. Kalau u betul mualaf, you tahu level “halal bersih” supaya orang Islam boleh makan dengan yakin,” katanya.