Tempatan

Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 09 Ogos 2023 – Usaha memulihkan Tasik Chini memerlukan peruntukan khas dari Kerajaan Pusat dan badan khusus untuk mengurus dan mengawal selia proses, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun.

“Saya melihat memang Tasik Chini perlu dipulihkan. Cumanya, ia memerlukan peruntukan khas dari kerajaan Pusat sama ada melalui Jabatan Warisan untuk kita melaksanakan proses pemulihan.”

“Berapa jumlah bajet diperlukan itu ia memerlukan kajian terperinci supaya peruntukan disalurkan nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memulihkan Tasik Chini,” ujarnya.

BACA JUGA: Curi Air, Kilang Besi Berdepan Denda Dan Hukuman Penjara

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

BACA JUGA: Tiada Cuti Khas Di Pulau Pinang 12 Ogos Ini

Katanya, kerjasama ini perlu dilakukan selepas ia kekal sebagai Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Dua perkara ini saya lihat cukup penting iaitu bajet khas dari kerajaan Pusat dan badan khusus bagi mengawal selia. Mungkin ia boleh diletakkan di bawah Majlis Biodiversiti Pahang,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari berkata Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan) telah siap disediakan selaras peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan sudah pun diluluskan.

Jelasnya, RKK itu akan menjadi panduan khusus kepada agensi pelaksana dalam menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan terutama bagi kawasan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

“Pelaksanaan program pengurusan, pemeliharaan dan pengekalan adalah penting bagi memastikan tasik dan kualiti persekitaran yang sensitif di kawasan tasik berkenaan terus terpelihara,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: