Antarabangsa

Rejim Haram Israel Musnahkan Sekolah Palestin Di Ramallah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 19 Ogos 2023 – Rejim haram aparteid Israel telah memusnahkan sebuah sekolah Palestin yang berkhidmat kepada masyarakat tempatan Badwi di bandar Kafr Malik, timur bandar Ramallah, lapor sebuah agensi berita Timur Tengah.

Pencerobohan itu berlaku beberapa hari selepas sekolah Ras al-Teen berhampiran Ramallah diserang oleh peneroka rejim haram aparteid Israel.

Penduduk tempatan berkata, pemusnahan satu-satunya sekolah di bandar itu akan mengehadkan prospek pelajar dan akses mereka kepada pendidikan berikutan tahun baharu akademik akan bermula pada bulan hadapan.

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim

BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Palestin turut menyifatkan pemusnahan sekolah Ras al-Teen sebagai “bermusuhan” serta mengutuk tindakan itu kerana “menidakkan pelajar daripada mendapatkan hak mereka untuk pendidikan”.

Kementerian itu turut mengatakan bahawa langkah itu merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan konvensyen hak asasi manusia termasuk resolusi yang melindungi hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan.

Kementerian itu justeru menyeru masyarakat antarabangsa dan organisasi kemanusiaan untuk mengambil tindakan dan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan Kongsi antarabangsa bagi menyokong pelajar yang terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: