Antarabangsa

Elak Tawar Diskaun Besar Pada Pelancong – Timbalan PM Thailand

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 08 Julai 2022 – Premis perniagaan, hotel serta hospital swasta di Thailand diseru agar mengelakkan dari menawarkan diskaun yang besar terhadap pelancong hanya untuk menarik kedatangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengatakan persepsi yang menunjukkan Thailand sebagai sebuah destinasi yang murah untuk melancong perlu diubah serta merta dan jadikan negara tersebut sebagai sebuah destinasi pelancongan yang premium.

“Kita tidak mahu pelancong fikir datang ke Thailand sebab murah, tetapi mereka patut cakap kerana alasan kerja, tawaran berpatutan yang dapat memberi nilai tambah kepada negara.”

“Lebih mahal harga diletakkan, lebih ramai pelanggan akan datang. Kalau tidak, Louis Vuitton tidak mampu meraih sebarang jualan,” ujarnya.

Lapor Utusan, Thailand menjangkakan kedatangan seramai 10 juta pelancong ke negara mereka tahun ini sekali gus merancakkan kembali ekonomi negara berkenaan.

Sepanjang tempoh enam bulan ini, anggaran seramai dua juta pelancong asing telah diterima negara tersebut.

Tahun lalu, Indeks Pembangunan Perjalanan dan Pelancongan 2021 menunjukkan Thailand jatuh dari tangga ke 35 kepada tangga 36 susulan daripada pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: