Tempatan

Rebus Umat Islam Macam Katak: Rakaman Sahih Jika Tiada Pihak Yang Membantah Kesahihannya – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2021 – “Apabila melibatkan rakaman audio atau video sekalipun, maka isunya adalah tentang kesahihan dokumen tersebut. Dalam undang-undang walaupun ianya rakaman ia dipanggil dokumen,” ulas peguam, Haniff Khatri dalam isu video kontroversi tular “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak”.

Dalam hal ini, Catholic Lawyer Society telah tampil ke hadapan mengesahkan rakaman tersebut tetapi mengatakan ianya diambil di luar konteks.

Ujar Haniff, dalam kes ini, melainkan ada mana-mana pihak membangkitkan bantahan terhadap kesahihan rakaman, maka tidak ada pertikaian tentang kesahihan rakaman.

Kedua, mengenai isu kenyataan diambil di luar konteks.

“Sekarang ini bukan soal petikan, ini soal kedengaran. Jadi adakah kedengaran itu kalau kita rujuk kepada kenyataan tersebut saya percaya dia lebih kurang 40 saat sebelum habis rakaman itu baru ungkapan kontroversi ini telah diungkapkan. Dan kalau kita dengar ianya dalam bahasa Inggeris jadi fahaman kita pun kena mengikut tafsiran ataupun fahaman bahasa Inggeris yang diungkap.”

“Ungkapan berkaitan merebus katak (the boiling of frogs) dan pada masa itu dia bercakap tentang apa yang dikata sebagai satu strategi pihak Islam untuk cuba hendak kononnya dalam fahamannya adalah hendak memansuhkan fahaman ataupun hak-hak agama minoriti secara perlahan-lahan seperti merebus katak.”

“Jadi ungkapan merebus katak di peringkat awal pastor tersebut adalah kepada fahaman dan gesaan beliau terhadap usaha-usaha orang Islam, kemudian dia mengatakan oleh itulah dia percaya yang beliau telah dipilih secara sengaja oleh pihak Catholic Church dan menyatakan untuk “boil the frogs”.”

Menurut Haniff lagi, fahaman yang diberi daripada ungkapan itu sama ada ianya serius ataupun berseloroh adalah perkara kedua.

“Sama ada ianya ungkapan serius ataupun berseloroh beliau telah memberi satu tafsiran iaitu ada satu usaha di pihak Kristian untuk cuba secara perlahan-lahan membuat usaha-usaha tertentu bagi tujuan mengekalkan ataupun menguatkan kedudukan dan pengaruh fahaman minoriti beliau itu. Saya mengambil rangkum segala dakwaan yang mereka berikan.”

Justeru, jika pun perkara itu didengar ianya memberi fahaman, sama ada ianya serius ataupun berseloroh, bahawa memang pastor tersebut mengatakan dia dipilih untuk melakukan perkara yang sama iaitu merebus katak yakni secara perlahan-lahan bagi menguatkan fahaman agama minoriti di Malaysia ini.

Tegas Haniff lagi, seseorang yang berkedudukan tinggi di dalam agama akan dihormati dan didengar segala percakapannya walaupun dia berjenaka atau berseloroh. Tetapi jika ungkapan itu mengandungi kenyataan-kenyataan yang perlu diambil teladan, maka kita berhak menidakkan keselorohannya, kejenakaannya kerana keseriusan kandungan kenyataan itu.

“Dan semua rakyat Malaysia seperti yang diperlukan di dalam Perlembagaan wajib menghormati setiap agama apatah lagi orang yang berkedudukan tinggi dalam agama masing-masing.”

Ujarnya, kalau Mufti Islam di mana-mana negeri misalnya mengeluarkan kenyataan jika pun seloroh, apatah lagi serius, boleh diberi komen tafsirannya oleh mana-mana pihak jika mereka tersentuh ataupun tersinggung.

“Itu sebabnya keselorohan ataupun keseriusan tidak menjadi isu di sini, yang menjadi isu di sini adalah ungkapan. Ada diungkap ataupun tidak?”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button