Tempatan

Cabul Hutan Simpan, Hukuman Berat Harus Dikenakan – Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Mac 2022 – Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat baru-baru ini.

RUU itu bertujuan menentukan persamaan undang-undang bagi negeri di Malaysia dalam merangka undang-undang berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan serta pembangunan perhutanan.

Hukuman lebih berat akan dikenakan kepada pesalah hutan simpan kekal apabila pindaan akta itu diluluskan kelak seperti kesalahan memiliki hasil hutan secara tidak sah, menghasilkan pembakaran dan membuang sampah-sarap.

Penalti kesalahan di bawah Seksyen 84 (1) iaitu kesalahan memiliki hasil hutan secara haram, individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM200,000 manakala hukuman penjara dinaikkan daripada maksimum lima tahun kepada 10 tahun.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 82, iaitu larangan ke atas pembakaran seperti menyalakan, menyimpan atau membawa apa-apa api, atau membiarkan apa-apa api menyala dengan apa-apa cara yang membahayakan hutan simpan, pesalah boleh didenda sehingga RM100,000 berbanding RM50,000 sebelum ini, atau dipenjara maksimum tujuh tahun berbanding lima tahun sebelum ini atau kedua-duanya sekali.

Seterusnya, denda di bawah Seksyen 83 iaitu pembuangan sampah-sarap di dalam hutan simpan kekal dinaikkan sehingga maksimum RM20,000, sekali ganda berbanding denda sebelum ini (RM10,000) atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan kali ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: