Tempatan

RAYUAN MENANGGUH PEMBUKAAN SEKOLAH DAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA – ME’DIDIK

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN AKHBAR
PERTUBUHAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MALAYSIA (ME’DIDIK)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada 1hb September 2021. ME’DIDIK menghargai usaha kerajaan untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa pada masa kini.

Namun begitu, ME’DIDIK juga amat prihatin tentang keselamatan dan kesihatan murid-murid di Malaysia, terutamanya di kawasan yang mempunyai jumlah kes wabak Covid-19 tinggi.

Oleh kerana ini, ME’DIDIK merayu agar kerajaan menangguh pembukaan sekolah dan pembelajaran secara bersemuka atas sebab-sebab berikut:

1. Jumlah kes aktif pada hari ini telah mencapai 243,942 kes.

2. Jumlah kes baharu semalam berjumlah 20,670 kes.

3. Varian delta masih sukar dikawal dan menular secara pantas.

4. Ibu bapa dan guru amat risau akan nasib pelajar yang terpaksa didedahkan kepada bahaya.

Buat masa ini, pendidikan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang telah berjaya dilaksanakan selama ini. Persoalan ‘lost generation’ atau generasi hilang tidak berbangkit kerana pembelajaran sebegini telahpun dijayakan di banyak negara maju lain, malah ramai cendekiawan dilahirkan melalui pendidikan tidak konvensional.

Pendidikan murid adalah penting bagi memastikan satu masa hadapan yang cemerlang bagi generasi seterusnya. Namun, keselamatan dan kesihatan mereka juga wajib diambil kira pada setiap masa.

“RAKYAT DAN PENDIDIKAN BERPISAH TIADA”

Yang benar,
MOHD RIDHWAN BIN HJ. OTHMAN
Pengerusi,
Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME’DIDIK)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button