Tempatan

Justice For Sisters Berdegil Mahu Terapi Pemulihan Dihentikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2022 – Justice For Sisters menuntut Kerajaan melaksanakan beberapa langkah segera bagi menghentikan Terapi Pemulihan (Conversion Therapy) untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual dan queer (LGBTQ) di Malaysia.

Antara perkara yang dituntut oleh kempen perjuangkan hak mak nyah di Malaysia ini adalah agar Kerajaan Malaysia perkukuhkan akses keadilan, perkhidmatan, dan informasi yang mesra LGBTQ.

Kata Justice For Sisters, terapi pemulihan LGBT atau Amalan Pemulihan (conversion practices) atau yang lebih dikenali sebagai ‘balik pangkal jalan’ merujuk kepada amalan-amalan mudarat yang bertujuan untuk mengubah orientasi seksual, identiti gender, atau ekspresi gender (SOGIE) seseorang itu agar mereka ‘bertukar’ daripada seorang gay menjadi seorang heteroseksual atau seorang trans kepada cisgender.

“Kajian Justice for Sisters mendapati akses golongan LGBTQ kepada keadilan adalah rendah kerana prejudis dan stereotaip serta penjenayahan terhadap golongan LGBTQ. Wanita trans yang cuba meminta bantuan pihak polis bagi kes-kes keganasan mengalami pengalaman negatif, sebagai contoh laporan yang mereka dianggap tidak mustahak, dipersenda, dipersalahkan, dan dihina dengan panggilan yang kesat,” dakwa mereka lagi dalam Soalan Lazim: Amalan Pemulihan di Malaysia.

Di samping itu, Justice For Sisters juga mahu Kerajaan memperkenalkan undang-undang baharu ataupun menggunakan undang-undang sedia ada untuk menyekat amalan pemulihan.

Sebelum ini Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam satu kenyataan menegaskan bahawa data yang dikeluarkan satu projek penyelidikan Transrespect versus Transphobia Worldwide (TvT) yang dikemaskini sempena Hari Peringatan Trans 2021 menunjukkan, di Malaysia langsung tidak ada kes yang dilaporkan seumpama itu terjadi.

Ini disebabkan hukuman-hukuman Syariah di Malaysia masih lagi bersifat mendidik dan menjadi saluran supaya orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri kerana mempercayai penguat kuasa agama dan merasa tenteram di sini.

“Program-program kesedaran anjuran Kerajaan yang didakwa mereka melanggar hak asasi manusia sehingga dikatakan akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai itulah yang patut disokong oleh Hak Asasi Manusia, bukan menafikannya kerana telah terbukti ia lebih banyak membawa kepada kebaikan sejagat,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: