Raya Cina: RM24 Ribu Kompaun Dikeluarkan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LIPIS, 29 Januari 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang mengeluarkan kompaun berjumlah RM24 ribu dalam operasi bersepadu ‘Ops Gerak’ sempena perayaan Tahun Baru China pada Khamis lalu.
JAS dalam kenyataannya berkata, sebanyak 124 buah kenderaan berenjin diesel dan bunyi bising motosikal telah diperiksa.
BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini
BACA JUGA: Jangan Samakan Civil Society (Masyarakat Sivil) Dengan Masyarakat Madani – Prof Dr Khalif Muammar
BACA JUGA: Crackhouse Comedy Club: Bicara Permohonan Batal Senarai Hitam Kekal, 23 Mei Ini
Hasil pemeriksaan, kompaun tersebut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ops Gerak yang dilakukan di jalan Simpang Pulai-Gua Musang, Cameron Highlands dan Benta, Lipis telah disertai tujuh anggota penguat kuasa JAS bersama-sama IPK Pahang, IPD Daerah Cameron Highlands, IPD Daerah Lipis, JPJ Negeri Pahang, AADK Daerah Cameron Highlands dan AADK Daerah Lipis.