Raub Takkan Terkenal Tanpa Pekebun Haram Musang King – MP Raub
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – “Tanpa peluh, darah pekebun-pekebun Musang King Raub tanpa permit Raub tidak mungkin akan dikenal sebagai ‘Bandar Durian Musang King’ yang diiktiraf antarabangsa,” kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dalam sidang Parlimen pada Isnin lalu.
Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu beliau membangkitkan isu berkaitan penduduk Raub terutamanya pengusaha-pengusaha dan pekebun-pekebun di Raub sedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membangunkan komoditi agromakanan yang bernilai tinggi, high value commodities (HVC).
BACA JUGA: Lebih 120,000 Rakyat Gaza Hadapi Musim Sejuk Tanpa Perlindungan
Berkata lanjut, Chow mendakwa industri Musang King di Raub menghadapi satu cabaran yang amat besar dan kompleks disebabkan oleh konteks sejarah dan juga faktor geografi.
BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi
“Kami mengimbas kembali sejarah. Mereka mula-mulanya menanam padi kering untuk menyokong keluarga mereka. Selepas itu mereka bercucuk tanam getah dan kelapa sawit kerana nilai komersial tanaman tersebut. Seterusnya, mereka tukar ke koko dan akhirnya pokok durian. Sepanjang tempoh ini, pekebun-pekebun tidak henti untuk memohon permit ataupun geran tanah dengan saluran formal tetapi ditolak ataupun diabaikan oleh pihak berkuasa tempatan. Akibatnya, ramai pekebun terpaksa meneruskan penanaman mereka di tanah yang tanpa permit ataupun geran.”
BACA JUGA: Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam
Bukan itu sahaja, Chow juga mendakwa bahawa usaha Kerajaan Negeri memajakkan tanah kepada sebuah syarikat joint venture mengecewakan ramai pekebun durian Musang King.
Bagi Chow, “disebabkan usaha-usaha keras pekebun-pekebun Musang King Raub tanpa permit, Musang King hari ini menjadi kebanggaan Malaysia dan menawan hati dunia.”
“Kami menikmati hasil kerja mereka, mengambil kredit mereka, claim Musang King kebanggaan kita, tetapi ia di belakang pintu negara. Kita mengambil tindakan keras, menebang pokok-pokok mereka, maki hamun dan mencaci mereka. Hal ini bukan sahaja kejam, tetapi bersikap tidak kenang budi.”
Oleh itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu melibat diri bagi menyelesaikan krisis Musang King Raub dan menganjurkan perundingan antara pihak berkepentingan untuk mencari satu penyelesaian win-win.