Antarabangsa

Ratusan Pesawat Boeing Berisiko Meletup – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 24 Mei 2024 – Media Daily Mail telah mengeluarkan satu laporan berkaitan dengan sebuah dokumen yang dapat diakses oleh awam pada Rabu lalu berkenaan kerosakan yang terdapat pada pesawat-pesawat Boeing 777 yang boleh menyebabkan kebakaran atau letupan jika terus dibiarkan.

Awal tahun ini, badan pentadbiran penerbangan Amerika Syarikat (AS), US Federal Aviation Administration (FAA) telah mengeluarkan amaran tentang kerosakan serta risiko yang berkemungkinan terjadi pada model kapal terbang tersebut.

Menurut FAA, sebuah kepingan besi yang bersambung dengan bolong tangki minyak pada kedua sayap kapal terbang model 777 yang telah dipasang tanpa sambungan elektrik yang mana ianya berpotensi untuk menghasilkan elektrik statik dan menyebabkan “kebakaran atau letupan” di dalam tangki minyak.

Dikatakan bahawa semua varian bagi model 777 iaitu daripada model asas iaitu 777-200 sehinggalah model 777-300ER mengalami isu yang sama.

Laporan yang dikeluarkan oleh media Daily Mail itu telah disangkal oleh Boeing, yang mana syarikat pengeluar tersebut telah menegaskan bahawa laporan FAA itu adalah sebahagian daripada “proses peraturan kebiasaan yang telah membantu penerbangan udara menjadi sebuah bentuk pengangkutan yang paling selamat”.

Ujar Boeing lagi, “Ianya bukanlah isu keselamatan penerbangan segera”.

“Terdapat banyak kepelbagaian yang telah disertakan dalam kapal terbang komersial moden bagi memastikan keselamatan bagi kesan-kesan elektromagnetik”.

Pendekatan keseluruhan bagi isu keselamatan bagi pengeluaran syarikat terbabit telah berada di bawah pemerhatian dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan terjadinya dua kes terhempas pada tahun 2018 dan tahun 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: