Antarabangsa

Ratusan Kanak-Kanak Maut di Pusat Nutrisi Somalia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SOMALIA, 07 September 2022 – “Kira-kira 730 kanak-kanak telah dilaporkan meninggal dunia di pusat nutrisi di seluruh negara antara Januari hingga Julai tahun ini,” lapor wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Somalia, Wafaa Saeed.

Bilangan tersebut dijangka meningkat kerana banyak kematian yang tidak dilaporkan, katanya.

Ahmed Shire, Menteri Penerangan wilayah Glamudug memaklumkan bahawa 210 orang telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

UNICEF pula mengatakan, wabak penyakit semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dengan hampir 13,000 kes disyaki campak dan 78 peratus daripadanya adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

Faduma Abdiqadir Warsame, pengurus kem bagi individu yang kehilangan tempat tinggal, turut berkata pasukannya telah mengebumikan seramai 115 kanak-kanak dan warga emas dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Ribuan keluarga yang tinggal hanyalah rangka tulang. Jika tidak dibantu dengan segera, mereka akan menyusul,” ujar Faduma sambil menambah bahawa kebanyakan orang juga tidak mampu membayar kos pengebumian kerana terlalu miskin.

Ahmed Shire mendedahkan kira-kira 1,000 keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh anak, telah melarikan diri dari sebuah kawasan yang dibakar kumpulan Al Shabaab, dalam keadaan berjalan kaki dan tidak dapat diselamatkan atas faktor ancaman serangan.

Al Shabaab, kumpulan Islam yang dikaitkan dengan al Qaeda, telah membakar lima buah bandar sepenuhnya dan merampas haiwan penduduk. Mereka telah menyasarkan tentera dan juga orang awam selama lebih satu dekad.

Terkini, bantuan kewangan buat Somalia telah meningkat dan rayuan dana PBB sebanyak USD 1.46 bilion telah dibiayai sebanyak 67 peratus. Walau bagaimanapun, pegawai bantuan memberi amaran bahawa negara tersebut memerlukan lebih banyak bantuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: