Antarabangsa

Rating Jatuh, Terpalit Kontroversi, Ellen Degeneres Umum Tamatkan Rancangan 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

HOLLYWOOD, 27 November 2021 – Ellen Lee DeGeneres memutuskan musim ke-19 adalah musim yang terakhir bagi rancangan The Ellen Show.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas rancangan itu terpalit dengan dakwaan ia satu tempat kerja yang toksik.

Berikutan itu, Ellen DeGeneres membuat permohonan maaf secara siaran langsung kepada mereka yang terkesan.

“Menjadi satu budaya sekarang di mana wujud orang yang tidak baik, dan sangat pelik bagi saya orang mendapat kebahagiaan daripada keadaan itu. Saya mengetahuinya melalui akhbar. Pada mulanya saya tidak percaya kerana saya tahu betapa gembiranya setiap orang di sini dan bagaimana setiap tetamu undangan pun mengesahkannya. Itu sahaja yang saya dengar,” kata Ellen dengan kecewa.

Namun, personaliti televisyen yang dianggap sebagai hero lesbian itu menafikan penamatan rancangan terkenal itu adalah disebabkan kontroversi yang berlaku.

“Jika itu sebab saya berhenti, saya tidak akan kembali tahun ini,” kata Ellen.

Bukan sahaja terpalit dengan kontroversi tempat kerja, tetapi rating The Ellen Show juga menunjukkan penurunan beberapa tahun kebelakangan ini.

Penurunan paling ketara berlaku selepas Ellen Degeneres membuat permohonan maaf secara langsung kepada bekas-bekas pekerja The Ellen Show yang mendakwa mereka berada dalam persekitaran kerja yang toksik.

The Ellen DeGeneres Show ialah rancangan bual bicara komedi yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres pelawak komedi dan pengacara televisyen yang masyhur sebagai selebriti berorientasikan seksual lesbian.

Baru-baru ini, Sajat dilaporkan akan tampil dalam rancangan tersebut dan perkara ini mendapat perhatian dari Siti Kasim.

Berkongsikan kegembiraannya, Siti Kasim menyatakan bahawa Sajat kini berani bangkit mengadu tentang nasib kaum transgender tempatan di peringkat antarabangsa.

“Saya sangat gembira Sajat cukup berani untuk bersuara tentang nasib transgender di Malaysia. You go girl!! Saya letakkan harapan pada anda. Malukan pengacau-pengacau ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: