NGO

Rasuah, Salah Guna Kuasa Adalah Penyakit Yang Membarah Dalam Sistem Negara Kita – Aminuddin Yahaya 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, xx Ogos 2022 – “Berkenaan isu rumah kos rendah yang dibeli oleh orang-orang kaya T20 dan sebagainya ini bagi saya merupakan salah satu indikator kepada permasalahan yang berlaku kepada sistem yang ada di dalam negara kita ini,” ujar Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya.

Jadi, apa yang berlaku ini bagi saya berpunca dari elemen-elemen salah guna kuasa, elemen-elemen rasuah dan sebagainya itu merupakan mungkin faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Menurutnya, hal ini juga jelas melambangkan tentang sikap ataupun pemikiran yang ada pada rakyat secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu Rumah Kos Rendah Subsidi Kerajaan kepada B40 tapi masih boleh dibeli dengan mudah oleh golongan kaya.

Beliau berkata, sudah pasti perkara ini bukan satu perkara yang baru malah dalam laporan audit negara yang dikeluarkan baru-baru ini pun melihatkan bagaimana kepincangan begitu ketara dalam sistem Kerajaan yang ada sekarang ini.

“Di samping sifat manusia yang tamak dan rakus yang tidak mempunyai keimanan dan pemikiran prihatin terhadap orang lain sehingga menyebabkan perkara-perkara ini terus berlaku.”

Jelas Aminuddin, beliau tidak hairan melihat perkara ini berlaku kerana inilah yang dikatakan tips of an iceberg, malah banyak lagi yang berlaku di luar sana bagaimana akhirnya yang terus menderita adalah B40 bukan lagi T20 ataupun sebagainya.

Walaupun inisiatif Kerajaan itu nampaknya ada, tetapi sikap sesetengah orang yang memegang kuasa itu yang menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka menyebabkan polisi-polisi Kerajaan itu tidak dapat dilaksanakan secara baik.

Perkara ini, bagi saya adalah penyakit yang harus dilihat semua pihak terutamanya pihak yang menjalankan kuasa seperti SPRM dan sebagainya harus mengambil tindakan yang tegas.

“Saya tidak hairan juga banyak lagi perkara-perkara lain yang akan berlaku sehingga menyebabkan jurang kehidupan antara golongan B40 dan T20 ini dan sebagainya semakin melebar dan ini tidak sihat dalam konteks pembangunan negara,” katanya.

Tambah beliau, begitu juga dengan masalah-masalah insiden di mana mereka membuat bilik-bilik untuk disewa pada kadar sewa yang tidak masuk akal ini bagi saya dan semua pun tahu dan semua pun faham akan perkara ini akan berlaku dan akan terus berlaku.

Tujuannya, hanya untuk mengaut keuntungan yang berlebihan oleh pihak pemilik ini dengan harga murah dan disewakan dengan cara demikian bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Perkara ini, bagi saya perlukan satu kajian dan tindakan yang tegas juga harus diambil baik dari segi pembaikan provide dengan sistemnya.

Seperkara, ialah melibatkan manusia-manusia yang ada di situ jadi kena ada elemen-elemen kerohanian, kefahaman Islam, itu sahaja sebenarnya yang dapat mengelakkan perkara-perkara sebegini dari terus berlaku.

Aminuddin berkata, kadang-kadang bila kita dengar perkara ini kita pun dah jadi malas untuk campur tangan kerana sudah terlalu menular dan melebar tanpa sekatan oleh pihak berwajib yang sepatutnya bertindak tanpa diminta kerana itu bidang kuasa mereka.

Takkanlah, semua perkara yang dilakukan Kerajaan bermasalah, sehinggakan setiap apa yang dilakukan akan adanya kepincangan-kepincangan ini.

Bagi saya, ini adalah satu penyakit yang kalau tidak dengan segera dilihat dan diubati ia akan menjadi satu barah yang akan menghancurkan negara ini. Dan akan menjadi satu social unrest iaitu menjadi satu keadaan yang mungkin huru-hara di kalangan penduduk dalam negara ini nanti.

“Seringkali, mangsanya adalah B40 dan B40 ini kita tahu majoritinya adalah 60 ke 65 peratus adalah orang Melayu Islam,” ujarnya.

Jadi, inilah keadaannya dan sampai bila pula keadaan ini akan terus berlaku dan sampai bila perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja.

Sebab itu, bagi kita tindakan-tindakan melantik orang politik dan orang yang ada kepentingan ini harusnya tidak berlaku.

Selain itu, perlu dilatih dan diberikan kesedaran tentang Islam, tentang kepentingan rakyat kepada penjawat-penjawat awam dan sebagainya ini termasuklah masyarakat keseluruhannya.

Jelasnya lagi, Sistem Pendidikan kita juga memainkan peranan yang penting dalam konteks ini yang nak melahirkan manusia sebagai manusia bukan manusia sebagai haiwan yang rakus, yang mementingkan segala-galanya untuk perut sendiri.

Beliau berkata, terlalu banyak perkara seperti ini dan ia berulang satu persatu tanpa ada kesudahan.

“Ada polisi yang bagus pun, apabila melihat pada menteri tidak ada satu vision semangat untuk bagaimana secara serius menangani isu-isu ini dan akhirnya yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: