Antarabangsa

Seperti Ukraine, Rakyat Palestin Juga Berhak Atas Wilayah Dan Kebebasan Mereka- Menteri Afrika Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHANNESBURG, 10 Ogos 2022 – “Sepertimana rakyat Ukraine berhak ke atas wilayah dan kebebasan mereka, rakyat Palestin berhak ke atas wilayah dan kebebasan mereka,” tegas Menteri Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Naledi Pandor.

Demikian kenyataannya semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Johannesburg Isnin lalu.

Beliau mengatakan bahawa rakyat Palestin berhak mendapat perhatian yang sama daripada masyarakat antarabangsa seperti yang diterima Ukraine sebelum ini.

“Tiada siapapun di Afrika Selatan yang menyokong peperangan. Kami telah menjelaskannya dengan sangat jelas. Dan kami telah mengatakan bahawa kami ingin melihat usaha yang dipergiatkan untuk meningkatkan diplomasi… dan merunding penyelesaian kepada konflik ngeri ini,” ujar Pandor.

Tambahnya, kerajaan negara tersebut percaya bahawa semua prinsip yang sesuai dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa harus ditegakkan untuk semua negara, bukan hanya negara-negara tertentu sahaja.

Pandor turut menggesa agar semua pihak prihatin dengan insiden berdarah yang berlaku kepada rakyat Palestin sebagaimana peperangan yang berlaku kepada rakyat Ukraine.

Samudera.my sebelum ini melaporkan mengenai serangan penjajah Israel terhadap wilayah Gaza selama tiga hari berturut-turut yang telah meragut nyawa 44 rakyat Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan 4 wanita syahid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: