NGO

Rasmus Paludan Biadap, Kurang Ajar & Bersifat Binatang Bakar Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRA dan umat Islam Malaysia serta Dunia Islam meletus dalam kemarahan dan kebimbangan selepas Sweden membenarkan seorang ahli politik perkauman berhaluan kanan, Rasmus Paludan membakar senaskhah kitab suci al-Qur’an di hadapan bangunan Kedutaan Turki di Stockholm.

PUTRA mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji dan biadap terhadap kitab suci umat Islam al-Qur’an di Sweden walaupun amaran umat Islam berulang kali sebelum ini.

PUTRA menyifatkan perbuatan terkutuk ini sebagai “jenayah paling buruk dan kurang ajar serta kebencian secara terang-terangan dan jika dibiarkan tindakan anti-Islam ini, yang menyasarkan umat Islam yang berjumlah 2 bilion atas nama dan kebebasan bersuara adalah tidak boleh diterima sama sekali.”

Perbuatan terkutuk ini wajib dikutuk oleh bukan Islam kerana ianya mengundang tindak balas oleh umat Islam kerana perbuatan menghina dan jenayah buruk ini, akan dibalas oleh pihak yang tidak boleh mengawal diri kerana ianya membabit kemuliaan satu-satu agama. Ertinya permusuhan yang biadap dan tindakan liar, akan dibalas sedemikian juga. Umat Islam sentiasa bersabar, namun umat Islam dituduh pengganas dan Islamofobia.

“Perbuatan keji ini adalah satu lagi contoh tahap yang membimbangkan bahawa Islamofobia dan gerakan perkauman dan diskriminasi telah berlaku dan ianya di negara dan masyarakat yang dikatakan bertamadun, berpendidikan dan waras tapi bertindak seperti orang gila hilang akal.”

Negara Sweden patut diberi ingatan jangan kerana Rasmus Paludan ini menyebabkan seantaro dunia bermusuhan kerana agama kerana pasti ada tindak balasnya.

Insiden ini menyakitkan sentimen umat Islam di seluruh dunia dan menandakan provokasi serius yang disengajakan

Jika Kerajaan Sweden tidak mengambil tindakan tegas dengan menghukum Rasmus Paludan yang melakukan perbuatan terkutuk ini, Kerajaan Malaysia didesak memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Sweden.

Putra memuji PM Anwar Ibrahim kerana mengutuk perbuatan biadap Rasmus Paludan atas nama Kerajaan Malaysia dan seterusnya bertindak jika tiada apa-apa tindakan tegas Kerajaan Sweden terhadap Rasmus Paludan. Jangan setakat retorik kerana rakyat dah bosan dan mual dengan retorik sahaja.

Semoga Allah Selamatkan ISLAM & Malaysia Negara Tercinta.

PUTRA PERKASA NEGARA

SHAHRULUFTI SHARIF
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: