Tempatan

Ranking Universiti Asia QS, UiTM Di Tangga Ke-104

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 10 November 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kejayaan apabila tersenarai di tangga ke-104 dalam laporan QS Asia University Rankings (AUR) 2023 sekali gus meletakkannya dalam kalangan 14 universiti teratas di Asia.

Unit Korporat UiTM berkata, kedudukan tersebut menunjukkan bahawa UiTM terus mengalami peningkatan sejak tahun 2018 di mana pada tahun ini institusi ini berada pada kedudukan 104 berbanding di kedudukan 105 pada tahun lalu.

“Pada peringkat nasional pula, UiTM kini berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan 36 universiti yang tersenarai.”

Menurut unit itu, antara sebelas indikator yang diukur oleh QS AUR adalah reputasi majikan yang kekal sebagai indikator terbaik UiTM dengan kedudukan k1-61 pada peringkat serantau.

Bukan itu sahaja, pencapaian itu juga dibuktikan dengan penambahbaikan kedudukan UiTM dalam indikator reputasi akademik yang berjaya meletakkannya di kedudukan ke-68.

Malah, penambahbaikan bagi skor ‘faculty-student-ratio’ iaitu jumlah pelajar antarabangsa dan pertukaran pelajar yang masuk dan keluar turut direkodkan.

“Usaha untuk mengekalkan kedudukan sesebuah universiti bukan sesuatu yang mudah. Namun, pencapaian ini jelas membuktikan bahawa kami berada di landasan yang betul ke arah mencapai status menjadi Globally Renowned University menjelang 2025,” ujar Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd. Janor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: