Tempatan

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Diluluskan Dewan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan), melalui undi suara.

Antara pindaan itu termasuklah membenarkan kenyataan yang dirakamkan daripada mangsa digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan khas.

Menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, pihak Kerajaan menyedari akan perkembangan teknologi yang pesat di mana kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak ini juga turut dilakukan dengan menggunakan teknologi terkini.

BACA JUGA: Pembesar Suara Masjid & Surau: Buat Apa Ganggu Orang – Mufti P.Pinang

BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan

BACA JUGA: Pinda Akta Pencen Doktor Kontrak, Tukar KWSP

“Oleh itu, undang-undang harus dipinda,” kata beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa akan ada lebih banyak perubahan yang akan dicadangkan untuk fasa kedua pindaan terhadap undang-undang berkaitan.

Antara cadangannya ialah obligasi mandatori kepada penyedia perkhidmatan internet (ISP) bagi menyekat sebarang bahan penderaan seksual kanak-kanak, beliau menambah.

Pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan untuk memberikan perlindungan lebih jitu sertaa menyeluruh kepada kanak-kanak.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas oleh sepuluh Ahli Parlimen dan selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Samudera.my sebelum ini turut melaporkan bahawa terdapat dua undang-undang baharu jenayah seksual kanak-kanak akan dibentang iaitu penstriman seks secara langsung dan penderaan seks dalam talian terhadap kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: