Antarabangsa

Rancangan Realiti Korea Selatan Menghina Laungan Azan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SEOUL, 10 September 2021 – Rancangan realiti pertandingan tarian wanita Korea Selatan, Street Woman Fight terbitan Mnet telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana dikatakan telah menghina panggilan azan kerana digunakan sebagai muzik pengiring video pembukaan episod ketiga program itu.

Dalam video itu, laungan azan berkumandang disertakan dengan sedikit sentuhan remix sebagai muzik latar belakang sambil seorang lelaki yang memegang segelas arak berjalan di tengah antara dua barisan kelompok penari wanita.

Setelah itu, tumpuan video beralih kepada beberapa orang wanita yang menari dengan gaya garang dan berani, membuat provokasi sesama mereka, termasuk berulang kali mengangkang di hadapan penari lain sebagai isyarat mencabar.

Ramai umat Islam meluahkan kekecewaan mereka melihat syiar agama Islam diperlekehkan oleh Mnet dengan tujuan bagi menyerlahkan tarikan program tersebut.

Mereka mendesak saluran hiburan Korea Selatan itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, dan berhenti daripada menggunakan lagu iringan tersebut dalam rancangan itu.

Sehingga kini, Mnet Official masih tidak membuat sebarang permohonan maaf, seolah-olah enggan mengendahkan desakan kemarahan para peminat yang sedang trending di laman sosial.

Tetapi laman Instagram mnet_dance sahaja yang membuat permohonan maaf atas kesilapan pemilihan lagu yang kononnya mereka fikirkan “sesuai sebagai latar belakang lagu dalam program itu”.

Screenshot-2021-09-09-160026.png?resize=300%2C189&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: