Antarabangsa

Rancang Bom Makam Habib Noh, Remaja Ditahan ISA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SINGAPURA, 03 Februari 2023 – Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) susulan merancang melakukan serangan bom ke atas tapak perkuburan Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh, di Singapura.

Ini kerana dia mempercayai bahawa ulama terkenal itu ‘tidak selaras dengan Islam’.

BACA JUGA : Malayan Funds: Dana Kekayaan Negara, Kuasa Prinsipal Di Tangan Raja-Raja Melayu

BACA JUGA : Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

BACA JUGA : Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura, pelajar tersebut ditahan selepas didapati menjadi ancaman keselamatan dan juga sangat radikal sehingga ke tahap bersedia untuk melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan di luar negara serta sanggup membunuh dan mati untuk ISIS.

Selain itu, ISD mendapati bahawa pelajar yang ditahan ketika sedang merancang dan membuat persediaan melakukan keganasan bersenjata itu menjadi radikal setelah menonton propaganda ISIS di Iraq dan Syria menerusi laman sesawang atas talian.

Pelajar tersebut dipercayai mula bersikap radikal pada 2020 selepas menonton video ceramah dua pendakwah asing ekstrem di YouTube dan kemudiannya memuat naik cara pembuatan bom, jelas ISD.

“Dia turut memuat turun manual pembuatan bom C4 dalam talian, berhasrat untuk membina bahan letupan buatan sendiri untuk meratakan kubur itu.”

Hasil siasatan ISD juga, jabatan tersebut memaklumkan bahawa pada akhir 2021, pelajar itu juga menyatakan hasrat untuk hidup di bawah pemerintahan khalifah Islam yang ditadbir oleh Syariah (undang-undang Islam) dan mahu menubuhkan khalifahnya sendiri di Singapura dan merekrut orang Islam untuk menyertainya.

Walau bagaimanapun, pelajar tersebut hanya bertindak bersendirian dan tidak ada petunjuk bahawa dia berjaya merekrut orang lain manakala ahli keluarganya tidak mengetahui rancangan atau niatnya untuk melakukan keganasan bersenjata di luar negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: