Terkini

Rancang Bakar Al-Quran Bulan Ramadan, UK Larang Kemasukan Paludan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRITAIN, 21 Mac 2023 – United Kingdom melarang kemasukan ahli politik Denmark, Rasmus Paludan ke dalam negara itu selepas dia merancang untuk membakar naskhah al-Quran pada bulan Ramadan.

Lapor portal antarabangsa, menerusi laman media sosial hujung minggu lalu, Paludan berkata bahawa dia akan pergi ke Wakefield, sebuah bandar di England untuk membakar naskhah suci al-Quran pada hari pertama Ramadan.

Perkara tersebut mencetuskan kebimbangan kepada Ahli Parlimen Buruh Wakefield, Simon Lightwood lalu beliau membangkitkannya kepada Menteri Dalam Negeri Bagi Keselamatan, Tom Tugendhat.

Soalnya, “Paludan sebelum ini dipenjarakan di Denmark akibat kenyataannya yang penuh kebencian dan perkauman. Dia merupakan seorang yang berbahaya yang tidak sepatutnya dibenarkan masuk ke dalam negara ini. Bolehkah Setiausaha Dalam Negeri memberi jaminan kepada saya dan masyarakat saya bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan untuk menghalang perkara ini?”

BACA JUGA: Dilarang Ziarah Rumah Ibadat Agama Lain Tanpa Tujuan – Mufti Kedah

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

BACA JUGA: Peralihan Monsun Bermula Khamis Ini

Tugendhat menjawab dan menekankan bahawa Paludan telah dimasukkan ke dalam indeks amaran dan dilarang masuk ke negara ini untuk melakukan pembakaran al-Quran.

Tegasnya, “Encik Paludan telah ditambah ke dalam indeks amaran, oleh itu, perjalanannya ke United Kingdom tidak akan sesuai dengan kebaikan awam dan dia tidak akan dibenarkan masuk.”

Sebelum ini, Paludan bertindak membakar satu naskhah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye dengan perlindungan dan kebenaran pihak berkuasa Sweden. Dia sekali lagi mencetuskan kontroversi sama apabila didapati membakar al-Quran di hadapan Kedutaan UK di Copenhagen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: