Tempatan

Pahang Jamin Selesai Aduan Jalan Rosak Dalam Tempoh 24 Jam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 29 Disember 2022 – Kerajaan Negeri Pahang memberi jaminan untuk menyelesaikan aduan berhubung jalan rosak dalam tempoh 24 jam.

“Kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selaras dengan ketetapan piagam pelanggan JKR Malaysia,” kata EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil susulan daripada pelbagai aduan yang diterima berkenaan permasalahan jalan rosak di seluruh negeri.

“Arahan telah pun dikeluarkan kepada pihak JKR supaya mengambil tindakan yang lebih proaktif dan segera terhadap segala aduan awam yang diterima.”

“Di media sosial, rakyat terus mengadu dan mengeluh mereka cedera terlanggar lubang akibat takungan air terutamanya penunggang motosikal.”

“Jadi saya amat berharap pihak konsesi dapat mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kerosakan jalan raya ini,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut bergantung kepada tahap kerosakan jalan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: