Antarabangsa

Ramzon Kadyrov Puji Askar Chechnya Selamatkan Orang Awam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 27 Mac 2022 – Ramzan Kadyrov, Ketua Angkatan Tentera Bantuan “Kadyrovtski” baru-baru ini menzahirkan pujian buat anggota-anggotanya yang bertindak membantu orang awam yang terjejas akibat peperangan Rusia – Ukraine.

Dalam sebuah video yang tular, beliau kelihatan memberikan ucapan di hadapan anggota tentera beliau.

“Saya berterima kasih kepada sesiapa yang ambil berat tentang orang awam dengan apa jua cara sekalipun. Mereka telah melalui dugaan yang berat dan telah berhadapan dengan situasi hidup dan mati.”

Kita akan pastikan bantuan diberikan dengan sebaiknya kepada sesiapa yang memerlukannya,” ujarnya dalam ucapan tersebut.

“Kadyrovtski” adalah sekumpulan askar ‘persendirian’ berbangsa Chechnya yang membantu Rusia dalam peperangan Rusia-Ukraine. Kumpulan tersebut kini dikepalai oleh Ramzan Kadyrov.

Leave a Reply

Back to top button