Tempatan

PBT Jangan Jadi Penghukum Sebaliknya Bantu Sampai Lulus – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari turut mengkritik isu yang dibangkitkan beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkaitan kesukaran 80 buah Sekolah Agama Islam untuk mendapatkan kelulusan pendudukan ataupun operasi di tiga buah daerah iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang.

Bukan itu saja, malah beliau turut melahirkan kekhuatirannya terhadap 20 ribu murid yang mungkin akan kehilangan tempat belajar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, perkara ini agak mengejutkan sebenarnya dan saya berpandangan perkara ini tak sepatutnya berlaku. Seperti yang kita sedia maklum, pertama yang kita lihat banyak sahaja kolej-kolej swasta yang menggunakan bangunan-bangunan shop lot ataupun bangunan-bangunan kedai untuk tempat mereka beroperasi.

“Saya rasa benda ini terlalu general dan ramai sahaja yang mengusahakan kolej-kolej ataupun pusat pengajian ataupun apa sahaja berkaitan dengan pendidikan di bangunan premis-premis kedai-kedai,” katanya.

Soal beliau, apakah isu yang kritikal menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sukar untuk meluluskan ataupun setidak-tidaknya PBT mengadakan satu proses khas untuk memastikan dan membantu 80 buah Sekolah Agama Swasta ini diberikan kelulusan mengikut spesifikasi yang paling ringan.

“Apa yang saya tahu paling tidak mesti ada tangga kecemasan direct daripada tingkat dua atau di belakang premis kalau bangunan kedai itu mempunyai tingkat di bahagian atasnya. Kalau itu sahaja prosedur yang diperlukan maka 80 buah sekolah ini boleh lakukan perkara tersebut. Ini syarat asas untuk kelulusan.”

Jelasnya, bagaimana pula sebelum ini kolej-kolej swasta yang lama ini boleh menjalankan operasi di premis-premis perniagaan dan kedai-kedai, mesti ada kelulusan dan sudah pasti ada garis panduannya untuk diikuti.

Maka, kenapa tidak diajar ataupun tidak dibimbing 80 buah sekolah agama ini sebaik mungkin dan pihak JAIS boleh bantu 80 buah sekolah ini untuk melengkapkan proses kelulusan tersebut. Perkara ini, dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan mesti dibantu untuk menjalankan operasi ini.

Tambah beliau, bantuan ini bukan sekadar untuk bantuan proses membayar gaji ataupun proses untuk operasi sebuah sekolah tapi bantuan itu termasuk untuk mendapatkan kelulusan ataupun melengkapkan syarat-syarat untuk mendapatkan kelulusan.

Apa Yang PBT Cuba Buat Dan Buktikan Sebenarnya?

Beliau yang lebih dikenali sebagai CIJ berkata, perkara ini sangat serius dan saya tidak dapat bayangkan sebanyak 80 buah sekolah terlibat. Kalau satu atau dua mungkin kita rasa perlulah dicadangkan untuk sekolah tersebut berpindah ke tempat lain tapi kalau dah sampai 80 buah sekolah yang dikatakan sudah lama beroperasi dan cuba untuk mengikut spesifikasi yang diberikan oleh pihak PBT maka timbul persoalan apa yang PBT cuba buat sebenarnya?

Tambah beliau lagi, ini satu persoalan yang saya nak tanya adakah PBT diwujudkan untuk menguatkuasa ataupun menghukum. Dari segi apa yang kita lihat dalam isu ini pihak PBT cuma bersifat sebagai penghukum bukan sebagai penguatkuasaan. Jika penguatkuasaan ia perlu ada dan beri bimbingan, kena ada bantuan tentang bagaimana nak mencukupkan syarat agar pihak sekolah mendapat kelulusan seperti yang disyaratkan. Bukan sebaliknya berusaha keras untuk seboleh-bolehnya menutup sekolah swasta Islam ini. Maka, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang berkenaan.

“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku kepada 80 buah sekolah dan saya percaya perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana ramai ataupun banyak sahaja kolej-kolej swasta yang menggunakan premis-premis perniagaan, bangunan-bangunan lama sebagai contoh Lim Kok Wing, dulu mereka bermula dengan bangunan shop lot saja.”

Jadi, apabila beroperasi lama di bangunan dekat Sunway itu akhirnya barulah diberi proses bantuan oleh Kerajaan.

“Itu salah satu contohlah yang menggunakan premis-premis kedai shop lot ini. Berapa tingkat diambil dan berapa blok diambil untuk dijadikan pusat pengajian di situ?”

Jadi perkara ini, saya rasa perlu dicari jalan penyelesaian dengan bantuan dan bimbingan yang baik. Kita ada banyak precedent case yang boleh dijadikan panduan kepada pihak PBT dan juga pihak Sekolah Swasta Agama ini untuk mendapatkan kelulusan.

CIJ berkata, dalam peruntukan Perlembagaan wajib dibantu pihak sekolah agama ini, maknanya gunalah apa-apa undang-undang dalam Malaysia ini kerana dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah meletakkan sebagai satu kewajipan untuk membantu jadi kena wajib bantulah.

Tambahnya, mana boleh menyekat atau menghalang dengan menggunakan segala macam tok nenek undang-undang untuk memastikan benda ini tidak boleh dilaksanakan.

“Inilah perkara yang tidak masuk akal dan saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan 3 PBT ini termasuk Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya kerana anda rasa ingin seolah-olah memastikan untuk sekolah ini tidak mendapat kelulusan.”

PBT Sebagai Penguatkuasa Bukan Penghukum

Jelas beliau lagi, bila tak dapat kelulusan bagaimana pihak JAIS nak bantu. Inilah betapa pentingnya PBT ini sebagai penguat kuasa bukan penghukum.

Justeru, saya harap PBT-PBT yang dengar ataupun membaca berita yang saya keluarkan dalam kenyataan ini bertimbang rasalah. Kalaulah dalam tempoh 10 tahun anda boleh menghalang untuk kelulusan kenapa dalam masa 10 tahun tidak ada pegawai yang dikhususkan untuk membantu 80 buah sekolah ini.

“Letakkan sahaja seorang pegawai untuk bantu memastikan sampai mengikut syarat-syarat yang paling asas untuk menjalankan operasi di sekolah agama ini,” ujarnya.

Menurut CIJ lagi, benda boleh bincang, kenapa perlu menghalang, benda boleh bincang kenapa perlu menyekat.

Tegasnya, perkara seumpama inilah yang kita risaukan apabila PBT telah hilang fokus dan hilang dia punya tatacara kerja. Bukannya, bertindak sebagai penguatkuasaan tetapi lebih kepada penghukum undang-undang.

“Jelas, ini PBT dah salah konsep, jadi saya harap PBT-PBT yang di luar sana juga janganlah menjadi penghukum sebaliknya bantulah.”

“Kita ini sudah zaman kritikal, zaman ekonomi yang sangat-sangat kritikal dengan harga barangnya yang melampau-lampau. Bila Menteri cakap semua harga barang tak naik itu betul, memang tak naik harga barang. Tapi cuba duduk tengok mana perginya barang-barang yang tak naik harga tu, mana ada lagi dah di kedai-kedai, ada pun sedikit sahaja. Stok pun tiba-tiba jadi terhad. Yang ada semua beras yang mahal, gula yang mahal, minyak yang mahal kalau yang subsidi tu ada tapi cuma dua paket sajalah. Stok pula cuma ada dua kotak,” ujarnya.

Justeru, saya berharap semua PBT-PBT tolonglah jadi penguat kuasa, penguat kuasa ini maknanya dia membantu untuk menguatkuasa bukan sebaliknya jadi penghukum.

“Kenyataan saya dengan sekeras-kerasnya bahawa PBT jangan jadi penghukum sebaliknya bantu sampai boleh,” jelas CIJ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: