Antarabangsa

Rampasan Kuasa Bangladesh Angkara AS – Sheikh Hasina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 12 OGOS 2024 – Mantan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan rampasan kuasa yang berlaku di Bangladesh baru-baru ini adalah disebabkan penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Hasina yang telah dipaksa untuk meletakkan jawatan serta terbang keluar dari negara tersebut disebabkan siri protes besar-besaran di negara itu telah mengeluarkan kenyataan sedemikian pada Ahad lalu sebagaimana yang telah dinukilkan oleh media Economic Times.

Dalam kenyataan yang sama, Hasina turut memberi ulasan yang menunjukkan seolah-olah beliau dapat mengekalkan kuasanya jika beliau bersetuju untuk membenarkan keberadaan pengkalan tentera AS di Bangladesh.

Ujarnya, “Saya meletakkan jawatan, jadi saya tidak perlu melihat mayat-mayat yang bergelimpangan. Mereka mahukan kuasa atas harga mayat-mayat para pelajar, namun saya tidak membenarkannya, saya meletakkan jawatan saya”.

“Saya boleh kekal berkuasa jika saya menyerahkan kedaulatan Pulau Saint Martin dan membenarkan AS untuk menguasai Teluk Benggala. Saya mohon rakyat pertiwi saya, janganlah anda dimanipulasi oleh para radikal”.

Kenyataan Hasina itu merujuk kepada sebuah pulau di bahagian timur laut Teluk Benggala yang mana menurutnya AS telah melakukan percubaan untuk mendapatkan penguasaan bagi pulau tersebut.

Beberapa orang pegawai awam Bangladesh telah mendakwa sejak beberapa bulan lalu bahawa AS telah membuat tawaran untuk memajak pulau tersebut namun ianya telah ditolak.

Hasina telah melarikan diri daripada negaranya setelah berlangsungnya siri protes selama berminggu-minggu berkenaan sistem kuota bagi menjawat jawatan kerajaan, yang mana beliau telah dikritik bersikap pilih kasih terhadap mereka yang mempunyai hubungan dengan parti pemerintah.

Siri protes yang pada awalnya berlangsung secara aman namun ianya bertukar menjadi ganas yang telah mengakibatkan lebih 400 kematian serta sekitar 11,000 penangkapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: