Tempatan

Rambutan, Dokong Dijangka Meningkat Di Kelantan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 25 Ogos 2024 – Pengeluaran buah-buahan tempatan musim kedua terutamanya rambutan dan dokong di Kelantan dijangka meningkat bermula Oktober depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, jangkaan itu boleh berlaku berikutan pengeluaran kedua-dua buah itu meningkat dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurutnya, bagaimanapun, pengeluaran buah-buahan tempatan terutamanya durian masih terkawal kerana ia dikutip mengikut musim.

“Tiada lambakan buah-buahan terutama rambutan dan dokong berlaku ketika ini kerana pengeluarannya secara berperingkat.

“Musim durian juga sudah berada di penghujungnya. Jadi, rambutan dan dokong pula akan banyak berada di pasaran selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan Edisi Merdeka di Bizara Educare Center, Panji pada Isnin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: