Tempatan

Harga Barang Akan Naik – Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid mengakui harga barangan dalam negara akan meningkat disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pengumuman gaji minimum RM1,500.

“Kita akui kenaikan akan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti masalah COVID-19, pengangkutan, penukaran mata wang asing, perang Ukraine-Rusia dan banjir. Malah, apabila kerajaan umum gaji minimum RM1,500 pun dikhuatiri turut menjadi faktor kenaikan harga,” kata beliau.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan di seluruh negara bagi memastikan harga jualan yang melampau tidak berlaku.

Menurutnya lagi, pihak KPDNHEP akan melakukan pemantauan ke atas pembekal serta peruncit, di samping penawaran harga jualan di antara peniaga dan pengguna.

“Kita akan lihat kos modal peniaga dan berapakah nilai harga yang diletakkan pada pembeli. Sebagai contoh modalnya RM1 untuk satu juadah tetapi dijual dengan harga RM5, itu melampau.”

“Kementerian akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.”

Selain melakukan pemantauan ke atas harga barang di seluruh negara, pihak kerajaan juga akan memberi subsidi bagi mengekang masalah kenaikan harga barang di negara ini, menurut Timbalan Menteri itu lagi.

“Dari segi kenaikan harga barang, kita tidak ada satu cara untuk mengawal perkara itu sebab ia adalah fenomena global yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Apa yang kerajaan boleh buat adalah memberi subsidi terhadap barang-barang itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: